sksaks.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA
KM 4, JALAN LANGGAR, 05460 ALOR SETAR, KEDAH.
Tel : [04-7333234], Faks : [04-7333234]
e-mel : [kbb2085.ppdkotasetar@gmail.

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | DOA | FALSAFAH SEKOLAH | GURU BESAR | VISI/MISI/NICHE AREA | LOGO | BENDERA | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | UPSR | MESYUARAT AGUNG PIBG | PERSONALITI UNGGUL | GRADUASI | TOKOH MURID | ENROLMEN MURID | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | KEJAYAAN SEKOLAH | PANORAMA | PANITIA MATAPELAJARAN | PANCARAGAM | MAULIDUR RASUL | RAMADHAN | MERENTAS DESA | TAZKIRAH | PAUTAN | BUKU PELAWAT | KEDAH SPELLING DAY | MARQUEE | HARI GURU | JALINAN DAN JARINGAN | TOKOH MURID 2011 | HAC2011 | KHATAM AL-QURAN 2011 |

Izzatul Munirah Ismail Tokoh Murid Cemerlang Sultanah Asma

ALOR SETAR - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultanah Asma, Izzatul Munirah Ismail, 12, dipilih   sebagai Tokoh Murid Cemerlang sempena Hari Anugerah Cemerlang 2010 yang diadakan di sekolah itu.

Izzatul Munirah yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu turut menerima Anugerah Akademik Terbaik bagi tempat pertama dan Anugerah Khas Ketua Pengawas yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad.

Izzatul Munirah yang berasal dari Jalan Tunku Abdul Halim, di sini merasa gembira dengan kejayaan yang dicapainya dan sering mengikuti jadual pembelajaran di rumah dan kejayaan itu turut didorong oleh ibu bapanya yang banyak memberi semangat sehingga berjaya dalam pelajaran.

“Kawan-kawan serta guru juga banyak memberi dorongan. Walaubagaimanapun, ada orang lain yang lebih elok daripada saya yang berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Menurutnya, beliau turut mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah perubatan dan ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Seri Puteri atau Sekolah Tunku Kurshiah. Kejayaan yang dicapainya itu turut dikongsi bersama ayahnya, Dato’ Dr. Ismail Yaacob, 55, yang merupakan seorang pakar perubatan dan ibunya, Datin Dr. Nafisah Abdul, 54.

Izzatul Munirah begitu cemerlang dalam kepimpinan dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris, Pengerusi Kelab Doktor Muda, Ahli Jawatankuasa (AJK) Unit Uniform Tunas Puteri, AJK Kelab Sukan Permainan Bola Jaring, AJK Tahun 4 dan 5 Pengawas Sekolah, Ahli Kelab Sukan Permainan Bola Jaring, Ahli Unit Uniform Tunas Puteri, AJK Tahun empat dan lima Persatuan Bahasa Inggeris.

Pencapaian yang dicapainya dalam bidang kurikulum ialah tempat pertama peperiksaan pertengahan tahun enam, akademik terbaik bagi tempat pertama dalam aliran tahun lima, tempat pertama peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun lima, akademik terbaik bagi tempat pertama dalam aliran tahun empat dan tempat pertama peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun empat.

Di samping itu, Izzatul Munirah turut cemerlang dalam akademik terbaik tempat pertama dalam aliran tahun tiga, tempat pertama peperiksaan pertengahan tahun tiga, akademik terbaik bagi tempat pertama dalam aliran tahun dua, tempat pertama peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun dua, akademik terbaik bagi tempat pertama dalam aliran tahun satu serta tempat pertama peperiksaan pertengahan dan akhir tahun satu.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: